My OwN sHoP





Tuesday, September 9, 2008

Fadhilat Ramadhan

HADITH 1

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."

Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."


HADITH 2

Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."

HADITH 3


Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."

HADITH 4

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."

HADITH 5

Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."

HADITH 6

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."

Wednesday, July 16, 2008

Kenapa ayam melintas?

Samy Vellu:
Kita sude bikin banyak jembatan, itu ayam musti guna jembatan untuk melintasi itu jalan. Lagi pun kalu itu ayam mau pigi jalan-jalan, bagitau sama saya juga, saya bolley buat lebbey banyak toll… itu jambatan mesti ada tahan 100 tahun. Lain kali bole kasi tutup… kita boleh survey mana ada rosak.

Karam Singh Walia (TV3):
Seperti saudara dapat lihat, kelihatan ayam-ayam itu sedang melintas jalan. Mereka bukan sahaja melintas jalan, malah membuang najis di atas jalan dan ini adalah pencemaran yang paling dasyat di maya ini. Bapa-bapa dan ibu-ibu ayam haruslah mengambil inisiatif untuk melatih ayam-ayam agar menahan najis sewaktu melintas jalan. Seperti pepatah melayu berkata.. ayam di jalan di lintaskan; ayam di reban mati tak makan.

Wan Kamarudin (Edisi Siasat NTV7):
Apa kejadahnya ini semua, KL dah jadik reban ayam, mak bapak ayam asyik menganga saja. Ayam semua dah besar kepala…dan dah tak nak duduk reban… dan bertambah biadap dan buat perkara yg tak masuk dek akal!

Zainal Arifin Ismail (Misteri Nusantara TV3):
Ada saksi menyatakan yang mereka dapat melihat ayam-ayam ini melintasi jalan-jalan di kampong ini pada waktu malam. Ada yang menyatakan ayam-ayam ini merupakan penyamaran jin. Dan ada juga mengaitkan ia berkaitan dengan peristiwa silam di kampong ini. Apakah maksud tersirat ayam-ayam ini melintas jalan? Oleh itu saya akhiri, “Jangan biarkan hidup anda diselubungi… MISTERI”Zainal Alam Kadir (Wayang Kita Astro):“Ayam siapa kalau bukan ayam kita”

Abdul Fatah Haron (PAS Rantau Panjang):
Ayam-ayam yang melintas ini semua adalah kerana mereka ayam-ayam yang GATAL!

Md. Said Yusof (BN Jasin):
Apa salahnya… biarkan mereka melintas…tutup sebelah mata ajelah… ayam-ayam terlebih besar sikit sahaja. Lagi pun semuanya itu ayam saya.

Shahrir Abdil Samad (ex Pengerusi BBC):
Ini adalah prinsip saya. Ayam-ayam tak boleh dibenarkan melintas jalan. Kalau beginilah, maka ianya bertentangan dengan prinsip saya, maka saya RESIGN!!!

Bill Gates:
I have just released the new Chicken Office 2006, which will not only cross roads, but will lay eggs, file your important documents, and balance your checkbook. Microsoft will pledge a billion for research on chicken AIDS.

Dr M:
You know, I am tired of all this….’apa nama’ chicken-chicken bisnes…you know that it is our right to build the bridge on our side of the straits…. So why are we Chicken out??

Pak Lah:
Ini semua adalah khabar angin sahaja… jangan percaya khabar-khabar angin ini semua… biasalah ini adalah taktik pembangkang untuk memecah belahkan perpaduan ayam-ayam semua… Jangan percaya… We’ve decided to scrap the scenic bridge for the best interest of the people… nothing to do with chicken. And of course others have the right to express their opinion… ini biasalah