My OwN sHoP





Friday, February 18, 2011

Nasi Serai


Bahan2..

1)4 cawan beras basmathi
2)5 cawan air
3)1 tin susu cair
4)3 sudu besar marjerin
5)1 labu bawang besar
6)4 ulas bawang merah
7)2 ulas bawang putih
8)1 inci halia
9)4 batang serai
10)6 helai daun purut
11)Garam secukupnya

Cara2nya...

1)Blender halus semua bahan kecuali serai dan daun purut.
2)Panaskan marjerin dan tumis bahan blender tadi.
3)Masukkan air dan susu biarkan mendidih.Tambahkan serai dan daun limau purut.
4)Masukkan beras dan tanak hingga masak.

Ayam Masak Merah


Bahan A

1)1 ekor ayam

Bahan B

1)1 labu bawang besar
2)6 ulas bawang merah
3)4 u;as bawang putih
4)1 inci halia
5)3 sudu cili giling
6)4 sudu sos cili
7)4 sudu sos lada hitam
8)100gm kismis
9)Sedikit potongan nenas

Cara2nya...

1)Bersihkan ayam dan perap dengan kunyit dan garam.Kemudian goreng.
2)Tumis bahan2 B dan masukkan ayam goreng.
3)Sedia untuk dihidang.

Nasi Beringin


Bahan2..

1)1 kg beras basmathi-bersih,cuci dan sejat
2)2 biji kelapa-ambil santannya
3)2 camca teh halba
4)4 helai daun pandan
5)Sedikit garam

Bahan Hiris...

1)8 ulas bawang merah
2)4 ulas bawang putih
3)3 cm halia

Cara2nya...

1) Jerang beras bersama santan, halba,daun pandan dan bahan hiris.
2)Masak seperti nasi lemak.
3)Hidang bersama sambal dan acar sotong.

Apam Madu Berinti Kelapa


Bahan2..

1)3 cawan tepung gandum
2)1 sudu teh baking powder
3)3 cawan air
4)1 sudu besar yis
5)1 camca besar gula
6)1 sudu teh eno
7)2 sudu teh madu

Cara2..

1)Satukan semua bahan dan biarkan kembang.
2)Sudukan ke dalam kuali non-stick anggaran 1 senduk sederhana besar.
3)Tutup seketika dan angkat.
4)Intikan dengan inti kelapa manis.

Tuesday, February 15, 2011

Mutiara Peringatan

Peringatan Pertama:

Berfirman Allah Taala yang bermaksud:

1)Wahai anak Adam, Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap kematian tetapi masih bergembira.
2)Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap hari perhitungan tetapi ia masih mengumpulkan harta.
3)Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap kubur tetapi masih tertawa.
4)Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap kehidupan di akhirat tetapi ia masih beristirehat.
5)Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap dunia dan kemusnahanya tetapi ia masih tenang dengannya.
6)Aku hairan kepada mereka yang alim pada lidahnya tetapi jahil pada hatinya.
7)Aku hairan kepada mereka yang sibuk bersuci dengan air tetapi hatinya tidak suci.
8)Aku hairan kepada mereka yang sibuk dengan keaiban orang lain tetapi dia lupa terhadap dirinya sendiri.
9)Aku hairan kepada mereka yang mengetahui bahawa sesungguhnya Allah itu mengawasinya tetapi ia masih boleh melakukan maksiat atau mereka yang mengetahui sesungguhnya ia akan mati keseorangan, akan memasuki kubur keseorangan dan akan dihitung keseorangantetapi masih jinak bersama manusia.
10)Ketahuilah tiada Tuhan yang sebenar-sebenarnya melainkan Aku dan sesungguhnyaMuhammad itu adalah hamba dan utusanKu.