My OwN sHoP





Thursday, March 3, 2011

Pancake Berserat

Bahan2...

1)250 ml susu rendah lemak
2)60g bran gandum
3)50g tepung gandum tulen
4)45g oat segera
5)2 sudu gula perang
6)3/4 sudu serbuk penaik
7)1 biji telur Omega 3
8)secubit garam

Cara2nya..

1)Satukan susu, oat dan bran gandum dalam mangkuk besar.Biarkan selama 5 minit.
2)Masukkan telur dan dipukul hingga adunan rata.
3)Dalam mangkuk kecil, campur tepung, gula perang, serbuk penaik dan garam.Tuangkan ke dalam adunan bran.Kacau hingga sebati.
4)Panaskan kuali leper.Ratakan setengah senduk adunan untuk setiap pankek.Masak selama 3 minit atau hingga berbuih atasnya.Terbalikkan dan masak lagi hingga 2 minit.

Panduan Senaman Untuk Pesakit Lemah Jantung

Senaman dalam kalangan pesakit lemah jantung dapat meningkatkan upaya pesakit tersebut dalam senaman (exercise tolerance).Berdasarkan kajian-kajian yang telah dijalankan, senaman dapat membantu pesakit lemah jantung dalam perkara-perkara berikut :

*meningkatkan jangka masa senaman (exercise duration)
*menguatkan jantung dan badan
*mengurangkan tanda-tanda lemah jantung
*mengurangkan risiko-risiko sakit jantung seperti tekanan darah tinggi dan obesiti

PENTING!!

Ingat perkara-perkara berikut sebelum memulakan senaman:

*untuk senaman kali pertama, sila melakukan senaman tersebut dalam pengawasan
*senaman hanya goleh dilakukan sekurang-kurangnya 90 minit selepas makan
*tahap senaman ditingkatkan secara beransur-ansur sehingga dapat melakukan senaman selama 20-30 minit, 3-5 kali seminggu
*ketika minum air selepas senaman, sila ingat tentang had air yang dibenarkan untuk diminum sehari

Ikan Kukus Halia

Bahan2..

1)1 potong ikan jenahak
2)7 keping cebdawan butang-dibelah dua
3)1 biji bawang besar
4)1 cm halia dihiris
5)sedikit daun sup
6)2 ulas bawang putih-dicincang
7)1 biji limau nipis-ambil jusnya
8)sedikit garam

Cara2nya..

1)Ikan dibersihkan dan lumurkan dengan sedikit garam
2)Taburkan bawang besar, bawang putih, cendawan dan halia
3)Tuangkan jus limau nipis ke atas ikan tadi
4)Kukus ikan selama 25 minit hingga masak
5)Tabur daun sup dan hidangkan

Tuesday, March 1, 2011

5 Tip Memilih Hiasan Bilik Tidur




*Bunga segar antara pilihan yang paling bijak untuk dijadikan hiasan di atas meja.Bukan sahaja mengeluarkan wangian yang menyegarkan kamar malah mampu menyerikan ruang.

*Gambar-gambar dengan bingkai yang ringkas sesuai diletakkan di atas kepala katil.Namun jangan terlalu sarat, dua atau tiga bingkai bersaiz biasa sudah memadai.


*Lampu meja di kiri dan kanan katil mampu membantu untuk menampilkan sebuak kamar yang menarik.

*Langsir dengan rona yang lembut dengan corak yang serba ringkas adalah pilihan tepat untuk sebuah kamar tidur.

*Elak meletakkan sebarang koleksi kesukaanmu misalnya CD,kereta mini, lilin dan lain2 dalam kamar tidurmu.Itu hanya akan menyesakkan lagi kamar tidur kamu.

Monday, February 28, 2011

ROTI PIZZA


Bahan2...

1)1 peket yis
2)6 cawan tepung gandum
3)2 sudu besar marjerin
4)3 sudu besar gula
5)1 biji telur
6)sedikit air
7)1 peket sosej
8)sos cili
9)bawang merah dihiris nipis
10)mayonis
11)sayur campur
12)sedikit susu tepung

Cara2nya..

1)Bancuh yis dengan sedikit air
2)Masukkan tepung gandum,susu tepung,gula,marjerin,yis dan telur ke dalam mangkuk.Uli bahan2 tesebut menggunakan mesin penguli atau tangan(jika tiada mesin penguli) sehingga ia menjadi satu adunan.campurkan sedikit air jika didapati adunan tersebut kurang lembut.
3)Kemudian,dapatkan dalam 33 biji daripada adunan tersebut untuk di lenyek dalam bentuk bulat seperti pizza.
4)Sapukan sos cili dan mayonis ke atasnya dan taburkan sosej yang telah dipotong kecil bersama bawang dan sayur campur.
5)Biarkan selama setengah jam untuk tepung itu naik dan kemudian masukkan ke dalam oven selama 20 minit.Hidangkan.