My OwN sHoP





Tuesday, March 8, 2011

Persandingan Yang Haram

Terdapat beberapa perbuatan yang melanggar batas-batas syarak seperti:

1)Pakaian yang mendedahkan aurat,nipis dan nampak bentuk tubuh badan.
2)Berlaku percampuran antara lelaki dan wanita yang bukan mahram.
3)Pembaziran-contohnya membuat atau menyewa pelamin menelan belanja ribuan ringgit.
4)Memakai bau-bauan dan bersolek tebal untuk tontonan lelaki asing (yang bukan mahramnya)
5)Mengikut adat Hindu.

Gugur tuntutan menghadiri kenduri walimah jika terdapat persandingan yang haram ,malah setengah ulama mengatakan haram jika kita hadir majlis yang demikian.

Kenduri Kahwin Rasulullah

Anas bin Malik dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w. melaksanakan majlis kenduri kahwin dengan menyembelih seekor kambing untuk isteri-isterinya dan untuk Zainab.

Kahwinlah Jika Mampu

Hadis Abdullah bin Mas'ud r.a.:Diriwayatkan daripada Alqamah r.a. katanya:"Aku pernah berjalan-jalan di Mina bersama Abdullah r.a.,kami bertemu dengan Usman r.a. yang kemudian menghampiri Abdullah r.a.Setelah berbincang beberapa ketika,Usman r.a. bertanya:"Wahai Abu bdul Rahman,Mahukah aku jodohkan kamu dengan seorang perempuan muda?Mudah-mudahan perempuan itu akan dapat mengingatkan kembali masa lampaumu yang indah."Mendengar tawaran itu Abdullah r.a. menjawab:'Apa yang yang kamu ucapkan itu adalah sejajar dengan apa yang pernah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. kepada kami.'Wahai golongan pemuda!Sesiapa antara kamu yang telah mempunyai keupayaan iaitu zahir dan batin untuk berkahwin,maka hendaklah dia berkahwin :Sesungguhnya perkahwinan ini dapat menjaga pandangan mata dan menjaga kehormatan.Maka sesiapa yang tidak berkemampuan ,hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu dapat mengawal iaitu benteng nafsu."(Sahih Muslim)

Tetap Ingin Kembali Selepas Talak Tiga

Hadis Sayidatina Aisyah r.ha. katanya:"Isteri Rifaah telah datang menemui Rasulullah seraya berkata,'Aku pernah menjadi isteri kepada Rifaah tetapi dia telah menceraikan aku sebanyak tiga kali kemudian aku telah berkahwin dengan Abdul Rahman bin al-Zubair.Tetapi apa yang aku rasai bersamanya seperti bulu-bulu kain iaitu tidak bahagia bersamanya.'Rasulullah tersenyum dan bersabda,'Adakah kamu ingin kembali semula bersama Rifaah?Kamu tidak boleh bersamanya sehinggalah kamu merasai kenikmatan berjimak dengannya(Abdul Rahman)dan dia merasai kelazatan jimak bersama kamu."(Sahih Muslim)

Nabi Kata Jangan...

Hadis Abu Hurairah r.a.:Sesungguhnya Nabi s.a.w. melarang orang bandar menjual kepada orang desa iaitu seperti orang Badwi,mereka menjual secara menipu iaitu supaya nilai barang menjadi tinggi atau seorang lelaki meminang perempuan yang telah dipinang oleh saudaranya,juga seseorang itu menjual atas jualan saudaranya.Jangan sekali-kali seorang perempuan berusaha melakukan sesuatu supaya saudara perempuannya diceraikan oleh suaminya supaya dia dapat menggantikan tempat saudaranya itu atau merosakkan kehidupan suami isteri. (Sahih Muslim)

Calon Lelaki Fasiq

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang maksudnya:

"Sesiapa yang mengahwinkan perempuannya dengan lelaki yang fasiq maka sebenarnya dia telah memutuskan silaturrahim dengan anaknya:

Ku Rela Menjadi Isteri Buatmu Yang Jauh

Ummu Habibah r.ha.merupakan wanita terpilih lagi istimewa.Beliau mengikut rombongan hijrah ke Habsyah.Di sana,beliau dikahwinkan oleh Raja Najasyi dengan Rasulullah s.a.w. yang ketika itu berada di Madinah.Raja Najasyi yang bertindak sebagai wali Rasulullah itu memberi mahar kepada Ummu Habibah. (Rujuk hadis riwayat Ibn Daud)

Monday, March 7, 2011

Rawat Kudis Suami Hatta Dengan Mulut

Suatu kisah yang cukup menarik diriwayat daripada Abu Sa'id al-Khudri r.a. katanya:"Seorang lelaki datang mengadu kepada Rasulullah kerana anak gadisnya tidak mahu berkahwin.Sabda Nabi kepada gadis itu,'Patuhilah kehendak bapamu.'Jawab gadis itu'Saya tidak akan kahwin sehingga Rasulullah menyatakan apa tanggungjawab saya sebagai isteri.'Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda:"Jika suamimu berkudis ,lalu engkau rawat kudis itu dengan mulutmu,maka perbuatan itu tidak wajar dianggap sebagai keterlaluan.'Jawab gadis,'Demi Allah,kalau begitu tugas isteri ,aku tidak akan kahwin selama-lamanya.'Sabda Nabi kepada bapanya.'Jangan engkau paksa dia kahwin.Biarlah dia membuat keputusan sendiri.' (Qadaya al-Mar'ah,halaman 128)

Begitu juga jika ada suami yang berasa jijik merawat kudis-kudis isterinya atao isteri pada waktu sihat sahaja,maka lebih baik bagi lelaki ini berpuasa sahaja,sesuai sengan nasihat Rasulullah s.a.w. yang bermaksud."Sesiapa yang tidak mampu berkahwin,hendaklah ia berpuasa kerana puasa menjadi pengikat nafsunya."

Kewajipan Memenuhi Tuntutan Batin Suami

Hadis Abu Hurairah r.a.:"Nabi s.a.w. telah bersabda:Apabila seorang isteri tidur dengan keadaan lari dari katil suaminya iaitu tidak mahu disetubuhi,para malaikat melaknatinya sehingga dia bangkit daripada tidurnya pada waktu pagi."(Sahih Muslim)

Ganjaran Untuk Wanita

"Wahai Fatimah,kelebihan setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika memasak roti (untuk suami dan anaknya) Allah akan bina parit di antara dirinya dengan api neraka
(bagi menghalang bahang api neraka itu),dan jarak di antara satu parit dengan oarit adalah sejauh langit dengan bumi"

"Wahai Fatimah,setiap wanita yang berair matanya kerana pedih memotong bawang untuk dimasak kepada ahli rumahnya, maka Allah akan mencatat kepada orang yang menangis kerana takutkan Allah"

"Wahai Fatimah,setiap wanita yang memintal benang (menenun kain untuk pakaian keluarganya) Allah akan mencatat kebajikan terhadap perbuatan kebajikannya itu sebanyak jumlah benang yang ditenunnya dan Allah menghapuskan pula 100 perbuatan jahatnya (dosa-dosanya)."

"Wahai Fatimah,setiap wanita yang menenun kain dan dibuatkan pakaian (untuk ahli rumahnya:suami dan anak-anaknya)Allah telah menetapkannya di tempat khas di atas takhta di akhirat."

"Wahai Fatimah,setiap wanita yang meminyak rambut,menyikat,mencuci pakaian,mencuci dan membersihkan anak-anaknya,maka Allah akan membalaskan oerbuatan kebajikannya itu dengan pahala mengikut jumlah rambut anaknya itu dan menghapuskan pula dosa-dosanya dan menjadikan ia berseri (di akhirat) di mata orang yang melihatnya."(Abu Hurairah)

Telatah Si Pengantin Kecil

Hadis Sayidatina Aisyah r.ha. katanya,'Rasulullah telah mengahwiniku semasa aku berumur enam tahun dan tinggal bersamaku sewaktu usia gadisku sembilan tahun.

Ketika itu ibu kandungku Ummu Rumaan datang menemuiku yang sedang berada di atas buaian, bermain bersama teman-temanku lalu dia memanggilku.Aku segera berjumpa dengannya dalam keadaan aku tidak mengetahui apa yang hendak dia lakukan terhadapku.

Ibuku memimpin tanganku lalu membawaku masuk ke dalam rumah.Tiba di pintu dia melepaskan pimpinan tangannya dan aku tercungap-cungap melepaskan lelah.Akhirnya, keadaanku kembali tenang.

Selepas itu,ibuku membawa aku masuk ke dalam rumah.Aku mendapati ramai wanita Ansar di rumahku.Mereka menyambut kami dengan mesra serta mendoakan untuk oengantin supaya diberi kesenangan dan keberkatan.Ibuku menyerahkanku kepada mereka lalu mereka membasuh kepalaku dan menghiaskan diriku secantik mungkin.

Rasulullah s.a.w. tidak mendatangiku secara tiba-tiba.Wanita-wanita Ansar menyerahku
kepada Baginda ketika waktu Dhuha. Kami telah berhijrah ke Madinah dan aku demam panas selama sebulan sehinggalah rambutku mencecah ke paras bahu. (Sahih Muslim)

Mahar Hafazan Al-Quran

Hadis daripada Sahl bin Saad r.a.:menceritakan bahawa pada suatu hari ketika seorang perempuan datanf kepada Rasulullah s.a.w. seraya berkata,"Wahai Rasulullah!Aku datang untuk menyerahkan diriku kepadamu." Apabila perempuan itu mendapati Rasulullah s.a.w. diam tanoa memmberi keputusan , perempuan itu segera duduk. Lalu, bangunlah seorang sahabat dan berkata ,"Wahai Rasulullah!Sekiranya kamu tidak ingin mengahwininya, kahwinkanlah aku dengannya."

Rasulullah s.a.w. segera bertanya,"Adakah engkau memiliki sesuatu yang boleh dijadikan mas kahwin."Sahabat menjawab,"Tidak ada!"Baginda bersabda."Pulanglah menemui keluargamu mencari sesuatu yang boleh dijadikan mas kahwin."Lantas sahabat tersebut pulang,kemudian beliau kembali menemui Rasulullah s.a.w. dan berkata,"Demi Allah!Aku tidak menjumpai apa-apa pun yang boleh dijadikan mas kahwin."Maka Rasulullah s.a.w.berkata lagi,"Carilah walaupun sebentuk cincin besi ."Lalu sahabat tersebut pulang dan datang kembali serta berkata,"Wahai Rasulullah! Demi Allah aku tidak menjumpai apa-apa walaupun sebentuk cincin besi tetapi aku hanya memiliki kainku ini."Iaitu kain yang hanya boleh menutupi bahagian bawah badannya.(Sahl berkata:"Sahabat ini tidak mempunyai pakaian yang menutupi bahagian atas badan)maka akan aku berikannya kepada perempua tersebut."

Rasulullah s.a.w. berkata,"Apa yang engkau boleh buat dengan kain engkau itu sekiranya engkau memakai kain itu.Perempuan tersebut tidak boleh memakainya walaupun sedikit.Kalau dia pakai juga kain itu, engkau tidak mempunyai apa-apa untuk dipakai."Sahabat itu duduk sehinggalah sekian lama kemudian bangun.Rasulullah s.a.w. memandang kepadanya seterusnya dia beredar dari situ.Setelah itu Rasulullah memerintahkan supaya dia dipanggil,"Apakah yang engkau miliki daripada Al-Quran?"Sahabat tersebut menjawab "Aku hafaz surah itu dan surah ini.: sahabat berkenaan menghitung surah yang dihafaz. Rasulullah s.a.w. bersabda lagi,"Adakah engkau membacanya secara hafalan?"Sahabat tersebutmenjawab,"Ya!"Rasulullah bersabda,"Pergilah!Engkau telah memilikinya bermas kahwinkan ayat atau surah al-Quran yanf engkau hafaz." (Sahih Muslim)

Nikah Memurahkan Rezeki

Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. didatangi oleh seorang lelaki.Lelaki inimengaku dirinya seorang yang miskin.Kemudian ia meminta jalan keluar agar terlepas daripada belenggu kemiskinan.

Rasulullah s.a.w. menyuruh lelaki itu berkahwin. Lelaki ini sangat senang dengan saranan yang diberikan Rasulullah.Setelah sekian lama berkahwin, lelaki itu datang lagi kepada Rasulullah s.a.w. dan mengadukan nasibnya yang tetap miskin.Rasulullah s.a.w. menyuruh berkahwin lagi. Si lelaki terlalu yakin tidak mungkin Rasulullah mahu menipu umatnya. Akhirnya lelaki itu berkahwin lagi. Namun beberapa waktu kemudian lelaki itu datang lagi kepada Rasulullah dan mengadukan masalahnya yang sama."Kahwin lagi", jawab Rasulullah singkat. Kemudian beliau berkahwin buat kali ketiga. Namin setelah beberapa lama kemudian keadaan tetap juga belum berubah.

Mulanya dia malu untuk mengadu lagi kepada Rasulullah, tapi apakan daya dia masih tetap miskin. Dengan berat hati beliau mendatangi Rasulullah dan menyampaikan masalahnya." Ya Rasulullah,engkau telah menyuruhku menikah untuk ketiga kalinya tapi aku tetap miskin. Sekarang apa yang harus kulakukan?" adu lelaki itu.Rasulullah tetap menyuruh brkahwin lagi.

Akhirnya silelaki itu menikah buat kali keempat. Dan benarlah kata Rasulullah. Ternyata isteri keempatnya ini membawa perubahan di dalam kehidupannya. Dengan kepandaiannya menenun,dia mengajar kemahiran tersebut kepada tiga madunya. Akhirnya usaha tersebut mendatangkan keuntungan dan kekayaan. Perusahaan industrinya maju dan mampu mencukupi keperluan seisi keluarga. Sabda Rasulullah bermaksud:"Carilah rezeki dengan menikah" (Riwayat Ibn Abbas)

Firman Allah Taala bermaksud:"Dan kahwinilah orang-orang yang sendirian antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) daripada hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya)lagi Maha Mengetahui." (Surah al-Nur:32)