My OwN sHoP





Sunday, March 22, 2009

6 perkara Allah sembunyikan daripada kita..

Marilah kita sama2 fikirkan dan berusaha lakukan.Sesungguhnya Allah S.W.T. telah menyembunyikan enam perkara iaitu:

  1. Allah S.W.T. telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
  2. Allah S.W.T. telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
  3. Allah S.W.T. telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
  4. Allah S.W.T. telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
  5. Allah S.W.T. telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat(5 waktu).
  6. Allah S.W.T. telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Wednesday, March 18, 2009

Lucunya..

Lucunya...
Berapa lamanya 2 jam berada di dalam masjid..tapi betapa cepatnya 2 jam berlalu saat menonton wayang di panggung!

Lucunya...
Susah betul merangkai kata untuk dipanjatkan saat berdoa..tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang bila bertemu dengan rakan-rakan..isy..isy..

Lucunya...
Susah sangat spend masa untuk baca Al-Quran...tapi bila menghadap novel berjam-jam ada pulak masa..pelik-pelik..

Lucunya...
Orang berebut paling depan untuk menonton bola atau konsert..tapi bila solat Jumaat berebut saf belakang pulak..ye laa bole cepat blah katakan..

Lucunya..
Duit RM10 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid..tapi bila beli topup senang-senang je melayang tiap-tiap minggu...

Lucunya..
Susahnya mengajak orang menyebarkan dakwah..tapi senang pula orang menyebarkan gosip..

LUCU..LUCU..

Wednesday, January 7, 2009

Kelebihan Bulan Muharram

Abul-Laits Asssamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a berkata: Nabi SAW. bersabda yang bermaksud;

Barangsiapa yang berpuasa pada hari Assyuuraa' yakni 10 Muharram, maka Allah akan memberikan kepadanya pahala 10,000 malaikat; dan barangsiapa yang puasa pada hari Assyuuraa', maka akan diberikan pahala 10, 000 orang Haji dan Umrah, dan 10, 000 orang mati syahid; dan siapa yang mengusap kepala anak yatim pada hari Assyuuraa', maka Allah akan menaikkan dengan rambut satu darjat. Dan barangsiapa yang memberi buka puasa orang mukmin yang berpuasa pada hari Assyuuraa', maka seoleh-oleh memberi buka puasa semua umat Muhammad SAW. dan mengenyangkan perut mereka.

Sahabat bertanya; Ya, Rasulullah, Allah telah melebihkan hari Assyuuraa' dari lain-lain hari.
Jawab Rasulullah: Benar!.

· Allah telah menjadikan langit dan bumi pada hari Assyuuraa',

  • dan menjadikan Adam juga Hawa pada hari Assyuuraa';
  • dan menjadikan Syurga serta memasukkan Adam di syurga pada hari Assyuuraa';
  • dan Allah menyelamatkan dari api neraka pada hari Assyuuraa';
  • dan menenggelamkan Fir'aun pada hari Assyuuraa';
  • dan menyembuhkan bala Nabi Ayyub pada hari Assyuuraa'
  • dan Allah memberi taubat kepada Adam pada hari Assyuuraa';
  • dan diampunkan dosa Nabi Daud pada hari Assyuuraa';
  • dan juga kembalinya kerajaan Nabi Sulaiman pada hari Assyuuraa';
  • dan akan terjadi Qiyamat pada hari Assyuuraa'