My OwN sHoP





Tuesday, February 15, 2011

Mutiara Peringatan

Peringatan Pertama:

Berfirman Allah Taala yang bermaksud:

1)Wahai anak Adam, Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap kematian tetapi masih bergembira.
2)Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap hari perhitungan tetapi ia masih mengumpulkan harta.
3)Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap kubur tetapi masih tertawa.
4)Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap kehidupan di akhirat tetapi ia masih beristirehat.
5)Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap dunia dan kemusnahanya tetapi ia masih tenang dengannya.
6)Aku hairan kepada mereka yang alim pada lidahnya tetapi jahil pada hatinya.
7)Aku hairan kepada mereka yang sibuk bersuci dengan air tetapi hatinya tidak suci.
8)Aku hairan kepada mereka yang sibuk dengan keaiban orang lain tetapi dia lupa terhadap dirinya sendiri.
9)Aku hairan kepada mereka yang mengetahui bahawa sesungguhnya Allah itu mengawasinya tetapi ia masih boleh melakukan maksiat atau mereka yang mengetahui sesungguhnya ia akan mati keseorangan, akan memasuki kubur keseorangan dan akan dihitung keseorangantetapi masih jinak bersama manusia.
10)Ketahuilah tiada Tuhan yang sebenar-sebenarnya melainkan Aku dan sesungguhnyaMuhammad itu adalah hamba dan utusanKu.

No comments: