My OwN sHoP





Monday, March 7, 2011

Mahar Hafazan Al-Quran

Hadis daripada Sahl bin Saad r.a.:menceritakan bahawa pada suatu hari ketika seorang perempuan datanf kepada Rasulullah s.a.w. seraya berkata,"Wahai Rasulullah!Aku datang untuk menyerahkan diriku kepadamu." Apabila perempuan itu mendapati Rasulullah s.a.w. diam tanoa memmberi keputusan , perempuan itu segera duduk. Lalu, bangunlah seorang sahabat dan berkata ,"Wahai Rasulullah!Sekiranya kamu tidak ingin mengahwininya, kahwinkanlah aku dengannya."

Rasulullah s.a.w. segera bertanya,"Adakah engkau memiliki sesuatu yang boleh dijadikan mas kahwin."Sahabat menjawab,"Tidak ada!"Baginda bersabda."Pulanglah menemui keluargamu mencari sesuatu yang boleh dijadikan mas kahwin."Lantas sahabat tersebut pulang,kemudian beliau kembali menemui Rasulullah s.a.w. dan berkata,"Demi Allah!Aku tidak menjumpai apa-apa pun yang boleh dijadikan mas kahwin."Maka Rasulullah s.a.w.berkata lagi,"Carilah walaupun sebentuk cincin besi ."Lalu sahabat tersebut pulang dan datang kembali serta berkata,"Wahai Rasulullah! Demi Allah aku tidak menjumpai apa-apa walaupun sebentuk cincin besi tetapi aku hanya memiliki kainku ini."Iaitu kain yang hanya boleh menutupi bahagian bawah badannya.(Sahl berkata:"Sahabat ini tidak mempunyai pakaian yang menutupi bahagian atas badan)maka akan aku berikannya kepada perempua tersebut."

Rasulullah s.a.w. berkata,"Apa yang engkau boleh buat dengan kain engkau itu sekiranya engkau memakai kain itu.Perempuan tersebut tidak boleh memakainya walaupun sedikit.Kalau dia pakai juga kain itu, engkau tidak mempunyai apa-apa untuk dipakai."Sahabat itu duduk sehinggalah sekian lama kemudian bangun.Rasulullah s.a.w. memandang kepadanya seterusnya dia beredar dari situ.Setelah itu Rasulullah memerintahkan supaya dia dipanggil,"Apakah yang engkau miliki daripada Al-Quran?"Sahabat tersebut menjawab "Aku hafaz surah itu dan surah ini.: sahabat berkenaan menghitung surah yang dihafaz. Rasulullah s.a.w. bersabda lagi,"Adakah engkau membacanya secara hafalan?"Sahabat tersebutmenjawab,"Ya!"Rasulullah bersabda,"Pergilah!Engkau telah memilikinya bermas kahwinkan ayat atau surah al-Quran yanf engkau hafaz." (Sahih Muslim)

No comments: