Senaman dalam kalangan pesakit lemah jantung dapat meningkatkan upaya pesakit tersebut dalam senaman (exercise tolerance).Berdasarkan kajian-kajian yang telah dijalankan, senaman dapat membantu pesakit lemah jantung dalam perkara-perkara berikut :
*meningkatkan jangka masa senaman (exercise duration)
*menguatkan jantung dan badan
*mengurangkan tanda-tanda lemah jantung
*mengurangkan risiko-risiko sakit jantung seperti tekanan darah tinggi dan obesiti
PENTING!!
Ingat perkara-perkara berikut sebelum memulakan senaman:
*untuk senaman kali pertama, sila melakukan senaman tersebut dalam pengawasan
*senaman hanya goleh dilakukan sekurang-kurangnya 90 minit selepas makan
*tahap senaman ditingkatkan secara beransur-ansur sehingga dapat melakukan senaman selama 20-30 minit, 3-5 kali seminggu
*ketika minum air selepas senaman, sila ingat tentang had air yang dibenarkan untuk diminum sehari
No comments:
Post a Comment