PEMBORONG AIR PENYEJUK BADAN GAU JENAMA TASNIM, PRODUK BARANGAN DARI SABAH, BIJI APRIKOT, KOPI APRIKOT DAN MENJUAL BARANGAN KESIHATAN, KOPIAH,STOKIN DAN LAIN-LAIN.
Monday, April 18, 2011
Bagi rakan2 yg gemar menjaga kecantikan kulit khususnya kaum hawa, admin ade menawarkan satu produk sabun kolagen sarang burung dengan pati buah delima dan susu kambing yg sesuai digunakan sebagai sabun mandi @ sabun pencuci muka berjenama "CAHYA WALET". Ianya sesuai untuk semua jenis kulit samada wanita @ lelaki.
Produk ini baru muncul di pasaran pada awal bln 4/2011 yg diusahakan oleh GERBANG JAYA RESOURCES yg merupakan syarikat 100% bumiputera yg berpengkalan di Kuala Selangor, Selangor. Bagi menembusi pasaran, harga promosi ditawarkan pada RM 25.00 sahaja sehingga ke satu tempoh yg ditentukan kelak.
Sabun ini blh digunakan sbg alternatif pencerah kulit selain menghilangkan masalah jeragat dan bintik2 hitam di muka serta parut ibu2 bersalin. Terdapat aturan penggunaan yg tertera di label produk bagi memudahkan para pengguna merasai kesan yg lebih efektif dan berkesan.
Kepada yg berminat blh menghubungi admin di no tel: 012-6940046 @ terus kepada pengusaha di talian: 012-6446930 @ 019-2969779. Sebarang pertanyaan blh diajukan menerusi email berikut: rahsiawalet@yahoo.com.
Terima kasih...
Tuesday, March 8, 2011
Persandingan Yang Haram
Terdapat beberapa perbuatan yang melanggar batas-batas syarak seperti:
1)Pakaian yang mendedahkan aurat,nipis dan nampak bentuk tubuh badan.
2)Berlaku percampuran antara lelaki dan wanita yang bukan mahram.
3)Pembaziran-contohnya membuat atau menyewa pelamin menelan belanja ribuan ringgit.
4)Memakai bau-bauan dan bersolek tebal untuk tontonan lelaki asing (yang bukan mahramnya)
5)Mengikut adat Hindu.
Gugur tuntutan menghadiri kenduri walimah jika terdapat persandingan yang haram ,malah setengah ulama mengatakan haram jika kita hadir majlis yang demikian.

Kenduri Kahwin Rasulullah
Anas bin Malik dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w. melaksanakan majlis kenduri kahwin dengan menyembelih seekor kambing untuk isteri-isterinya dan untuk Zainab.
Kahwinlah Jika Mampu
Hadis Abdullah bin Mas'ud r.a.:Diriwayatkan daripada Alqamah r.a. katanya:"Aku pernah berjalan-jalan di Mina bersama Abdullah r.a.,kami bertemu dengan Usman r.a. yang kemudian menghampiri Abdullah r.a.Setelah berbincang beberapa ketika,Usman r.a. bertanya:"Wahai Abu bdul Rahman,Mahukah aku jodohkan kamu dengan seorang perempuan muda?Mudah-mudahan perempuan itu akan dapat mengingatkan kembali masa lampaumu yang indah."Mendengar tawaran itu Abdullah r.a. menjawab:'Apa yang yang kamu ucapkan itu adalah sejajar dengan apa yang pernah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. kepada kami.'Wahai golongan pemuda!Sesiapa antara kamu yang telah mempunyai keupayaan iaitu zahir dan batin untuk berkahwin,maka hendaklah dia berkahwin :Sesungguhnya perkahwinan ini dapat menjaga pandangan mata dan menjaga kehormatan.Maka sesiapa yang tidak berkemampuan ,hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu dapat mengawal iaitu benteng nafsu."(Sahih Muslim)
Tetap Ingin Kembali Selepas Talak Tiga
Hadis Sayidatina Aisyah r.ha. katanya:"Isteri Rifaah telah datang menemui Rasulullah seraya berkata,'Aku pernah menjadi isteri kepada Rifaah tetapi dia telah menceraikan aku sebanyak tiga kali kemudian aku telah berkahwin dengan Abdul Rahman bin al-Zubair.Tetapi apa yang aku rasai bersamanya seperti bulu-bulu kain iaitu tidak bahagia bersamanya.'Rasulullah tersenyum dan bersabda,'Adakah kamu ingin kembali semula bersama Rifaah?Kamu tidak boleh bersamanya sehinggalah kamu merasai kenikmatan berjimak dengannya(Abdul Rahman)dan dia merasai kelazatan jimak bersama kamu."(Sahih Muslim)
Nabi Kata Jangan...
Hadis Abu Hurairah r.a.:Sesungguhnya Nabi s.a.w. melarang orang bandar menjual kepada orang desa iaitu seperti orang Badwi,mereka menjual secara menipu iaitu supaya nilai barang menjadi tinggi atau seorang lelaki meminang perempuan yang telah dipinang oleh saudaranya,juga seseorang itu menjual atas jualan saudaranya.Jangan sekali-kali seorang perempuan berusaha melakukan sesuatu supaya saudara perempuannya diceraikan oleh suaminya supaya dia dapat menggantikan tempat saudaranya itu atau merosakkan kehidupan suami isteri. (Sahih Muslim)
Calon Lelaki Fasiq
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang maksudnya:
"Sesiapa yang mengahwinkan perempuannya dengan lelaki yang fasiq maka sebenarnya dia telah memutuskan silaturrahim dengan anaknya:
"Sesiapa yang mengahwinkan perempuannya dengan lelaki yang fasiq maka sebenarnya dia telah memutuskan silaturrahim dengan anaknya:
Ku Rela Menjadi Isteri Buatmu Yang Jauh
Ummu Habibah r.ha.merupakan wanita terpilih lagi istimewa.Beliau mengikut rombongan hijrah ke Habsyah.Di sana,beliau dikahwinkan oleh Raja Najasyi dengan Rasulullah s.a.w. yang ketika itu berada di Madinah.Raja Najasyi yang bertindak sebagai wali Rasulullah itu memberi mahar kepada Ummu Habibah. (Rujuk hadis riwayat Ibn Daud)
Monday, March 7, 2011
Rawat Kudis Suami Hatta Dengan Mulut
Suatu kisah yang cukup menarik diriwayat daripada Abu Sa'id al-Khudri r.a. katanya:"Seorang lelaki datang mengadu kepada Rasulullah kerana anak gadisnya tidak mahu berkahwin.Sabda Nabi kepada gadis itu,'Patuhilah kehendak bapamu.'Jawab gadis itu'Saya tidak akan kahwin sehingga Rasulullah menyatakan apa tanggungjawab saya sebagai isteri.'Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda:"Jika suamimu berkudis ,lalu engkau rawat kudis itu dengan mulutmu,maka perbuatan itu tidak wajar dianggap sebagai keterlaluan.'Jawab gadis,'Demi Allah,kalau begitu tugas isteri ,aku tidak akan kahwin selama-lamanya.'Sabda Nabi kepada bapanya.'Jangan engkau paksa dia kahwin.Biarlah dia membuat keputusan sendiri.' (Qadaya al-Mar'ah,halaman 128)
Begitu juga jika ada suami yang berasa jijik merawat kudis-kudis isterinya atao isteri pada waktu sihat sahaja,maka lebih baik bagi lelaki ini berpuasa sahaja,sesuai sengan nasihat Rasulullah s.a.w. yang bermaksud."Sesiapa yang tidak mampu berkahwin,hendaklah ia berpuasa kerana puasa menjadi pengikat nafsunya."

Kewajipan Memenuhi Tuntutan Batin Suami
Hadis Abu Hurairah r.a.:"Nabi s.a.w. telah bersabda:Apabila seorang isteri tidur dengan keadaan lari dari katil suaminya iaitu tidak mahu disetubuhi,para malaikat melaknatinya sehingga dia bangkit daripada tidurnya pada waktu pagi."(Sahih Muslim)
Ganjaran Untuk Wanita
"Wahai Fatimah,kelebihan setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika memasak roti (untuk suami dan anaknya) Allah akan bina parit di antara dirinya dengan api neraka
(bagi menghalang bahang api neraka itu),dan jarak di antara satu parit dengan oarit adalah sejauh langit dengan bumi"
"Wahai Fatimah,setiap wanita yang berair matanya kerana pedih memotong bawang untuk dimasak kepada ahli rumahnya, maka Allah akan mencatat kepada orang yang menangis kerana takutkan Allah"
"Wahai Fatimah,setiap wanita yang memintal benang (menenun kain untuk pakaian keluarganya) Allah akan mencatat kebajikan terhadap perbuatan kebajikannya itu sebanyak jumlah benang yang ditenunnya dan Allah menghapuskan pula 100 perbuatan jahatnya (dosa-dosanya)."
"Wahai Fatimah,setiap wanita yang menenun kain dan dibuatkan pakaian (untuk ahli rumahnya:suami dan anak-anaknya)Allah telah menetapkannya di tempat khas di atas takhta di akhirat."
"Wahai Fatimah,setiap wanita yang meminyak rambut,menyikat,mencuci pakaian,mencuci dan membersihkan anak-anaknya,maka Allah akan membalaskan oerbuatan kebajikannya itu dengan pahala mengikut jumlah rambut anaknya itu dan menghapuskan pula dosa-dosanya dan menjadikan ia berseri (di akhirat) di mata orang yang melihatnya."(Abu Hurairah)

Telatah Si Pengantin Kecil
Hadis Sayidatina Aisyah r.ha. katanya,'Rasulullah telah mengahwiniku semasa aku berumur enam tahun dan tinggal bersamaku sewaktu usia gadisku sembilan tahun.
Ketika itu ibu kandungku Ummu Rumaan datang menemuiku yang sedang berada di atas buaian, bermain bersama teman-temanku lalu dia memanggilku.Aku segera berjumpa dengannya dalam keadaan aku tidak mengetahui apa yang hendak dia lakukan terhadapku.
Ibuku memimpin tanganku lalu membawaku masuk ke dalam rumah.Tiba di pintu dia melepaskan pimpinan tangannya dan aku tercungap-cungap melepaskan lelah.Akhirnya, keadaanku kembali tenang.
Selepas itu,ibuku membawa aku masuk ke dalam rumah.Aku mendapati ramai wanita Ansar di rumahku.Mereka menyambut kami dengan mesra serta mendoakan untuk oengantin supaya diberi kesenangan dan keberkatan.Ibuku menyerahkanku kepada mereka lalu mereka membasuh kepalaku dan menghiaskan diriku secantik mungkin.
Rasulullah s.a.w. tidak mendatangiku secara tiba-tiba.Wanita-wanita Ansar menyerahku
kepada Baginda ketika waktu Dhuha. Kami telah berhijrah ke Madinah dan aku demam panas selama sebulan sehinggalah rambutku mencecah ke paras bahu. (Sahih Muslim)

Mahar Hafazan Al-Quran
Hadis daripada Sahl bin Saad r.a.:menceritakan bahawa pada suatu hari ketika seorang perempuan datanf kepada Rasulullah s.a.w. seraya berkata,"Wahai Rasulullah!Aku datang untuk menyerahkan diriku kepadamu." Apabila perempuan itu mendapati Rasulullah s.a.w. diam tanoa memmberi keputusan , perempuan itu segera duduk. Lalu, bangunlah seorang sahabat dan berkata ,"Wahai Rasulullah!Sekiranya kamu tidak ingin mengahwininya, kahwinkanlah aku dengannya."
Rasulullah s.a.w. segera bertanya,"Adakah engkau memiliki sesuatu yang boleh dijadikan mas kahwin."Sahabat menjawab,"Tidak ada!"Baginda bersabda."Pulanglah menemui keluargamu mencari sesuatu yang boleh dijadikan mas kahwin."Lantas sahabat tersebut pulang,kemudian beliau kembali menemui Rasulullah s.a.w. dan berkata,"Demi Allah!Aku tidak menjumpai apa-apa pun yang boleh dijadikan mas kahwin."Maka Rasulullah s.a.w.berkata lagi,"Carilah walaupun sebentuk cincin besi ."Lalu sahabat tersebut pulang dan datang kembali serta berkata,"Wahai Rasulullah! Demi Allah aku tidak menjumpai apa-apa walaupun sebentuk cincin besi tetapi aku hanya memiliki kainku ini."Iaitu kain yang hanya boleh menutupi bahagian bawah badannya.(Sahl berkata:"Sahabat ini tidak mempunyai pakaian yang menutupi bahagian atas badan)maka akan aku berikannya kepada perempua tersebut."
Rasulullah s.a.w. berkata,"Apa yang engkau boleh buat dengan kain engkau itu sekiranya engkau memakai kain itu.Perempuan tersebut tidak boleh memakainya walaupun sedikit.Kalau dia pakai juga kain itu, engkau tidak mempunyai apa-apa untuk dipakai."Sahabat itu duduk sehinggalah sekian lama kemudian bangun.Rasulullah s.a.w. memandang kepadanya seterusnya dia beredar dari situ.Setelah itu Rasulullah memerintahkan supaya dia dipanggil,"Apakah yang engkau miliki daripada Al-Quran?"Sahabat tersebut menjawab "Aku hafaz surah itu dan surah ini.: sahabat berkenaan menghitung surah yang dihafaz. Rasulullah s.a.w. bersabda lagi,"Adakah engkau membacanya secara hafalan?"Sahabat tersebutmenjawab,"Ya!"Rasulullah bersabda,"Pergilah!Engkau telah memilikinya bermas kahwinkan ayat atau surah al-Quran yanf engkau hafaz." (Sahih Muslim)

Nikah Memurahkan Rezeki
Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. didatangi oleh seorang lelaki.Lelaki inimengaku dirinya seorang yang miskin.Kemudian ia meminta jalan keluar agar terlepas daripada belenggu kemiskinan.
Rasulullah s.a.w. menyuruh lelaki itu berkahwin. Lelaki ini sangat senang dengan saranan yang diberikan Rasulullah.Setelah sekian lama berkahwin, lelaki itu datang lagi kepada Rasulullah s.a.w. dan mengadukan nasibnya yang tetap miskin.Rasulullah s.a.w. menyuruh berkahwin lagi. Si lelaki terlalu yakin tidak mungkin Rasulullah mahu menipu umatnya. Akhirnya lelaki itu berkahwin lagi. Namun beberapa waktu kemudian lelaki itu datang lagi kepada Rasulullah dan mengadukan masalahnya yang sama."Kahwin lagi", jawab Rasulullah singkat. Kemudian beliau berkahwin buat kali ketiga. Namin setelah beberapa lama kemudian keadaan tetap juga belum berubah.
Mulanya dia malu untuk mengadu lagi kepada Rasulullah, tapi apakan daya dia masih tetap miskin. Dengan berat hati beliau mendatangi Rasulullah dan menyampaikan masalahnya." Ya Rasulullah,engkau telah menyuruhku menikah untuk ketiga kalinya tapi aku tetap miskin. Sekarang apa yang harus kulakukan?" adu lelaki itu.Rasulullah tetap menyuruh brkahwin lagi.
Akhirnya silelaki itu menikah buat kali keempat. Dan benarlah kata Rasulullah. Ternyata isteri keempatnya ini membawa perubahan di dalam kehidupannya. Dengan kepandaiannya menenun,dia mengajar kemahiran tersebut kepada tiga madunya. Akhirnya usaha tersebut mendatangkan keuntungan dan kekayaan. Perusahaan industrinya maju dan mampu mencukupi keperluan seisi keluarga. Sabda Rasulullah bermaksud:"Carilah rezeki dengan menikah" (Riwayat Ibn Abbas)
Firman Allah Taala bermaksud:"Dan kahwinilah orang-orang yang sendirian antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) daripada hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya)lagi Maha Mengetahui." (Surah al-Nur:32)

Thursday, March 3, 2011
Pancake Berserat
Bahan2...
1)250 ml susu rendah lemak
2)60g bran gandum
3)50g tepung gandum tulen
4)45g oat segera
5)2 sudu gula perang
6)3/4 sudu serbuk penaik
7)1 biji telur Omega 3
8)secubit garam
Cara2nya..
1)Satukan susu, oat dan bran gandum dalam mangkuk besar.Biarkan selama 5 minit.
2)Masukkan telur dan dipukul hingga adunan rata.
3)Dalam mangkuk kecil, campur tepung, gula perang, serbuk penaik dan garam.Tuangkan ke dalam adunan bran.Kacau hingga sebati.
4)Panaskan kuali leper.Ratakan setengah senduk adunan untuk setiap pankek.Masak selama 3 minit atau hingga berbuih atasnya.Terbalikkan dan masak lagi hingga 2 minit.

Panduan Senaman Untuk Pesakit Lemah Jantung
Senaman dalam kalangan pesakit lemah jantung dapat meningkatkan upaya pesakit tersebut dalam senaman (exercise tolerance).Berdasarkan kajian-kajian yang telah dijalankan, senaman dapat membantu pesakit lemah jantung dalam perkara-perkara berikut :
*meningkatkan jangka masa senaman (exercise duration)
*menguatkan jantung dan badan
*mengurangkan tanda-tanda lemah jantung
*mengurangkan risiko-risiko sakit jantung seperti tekanan darah tinggi dan obesiti
PENTING!!
Ingat perkara-perkara berikut sebelum memulakan senaman:
*untuk senaman kali pertama, sila melakukan senaman tersebut dalam pengawasan
*senaman hanya goleh dilakukan sekurang-kurangnya 90 minit selepas makan
*tahap senaman ditingkatkan secara beransur-ansur sehingga dapat melakukan senaman selama 20-30 minit, 3-5 kali seminggu
*ketika minum air selepas senaman, sila ingat tentang had air yang dibenarkan untuk diminum sehari

Ikan Kukus Halia
Bahan2..
1)1 potong ikan jenahak
2)7 keping cebdawan butang-dibelah dua
3)1 biji bawang besar
4)1 cm halia dihiris
5)sedikit daun sup
6)2 ulas bawang putih-dicincang
7)1 biji limau nipis-ambil jusnya
8)sedikit garam
Cara2nya..
1)Ikan dibersihkan dan lumurkan dengan sedikit garam
2)Taburkan bawang besar, bawang putih, cendawan dan halia
3)Tuangkan jus limau nipis ke atas ikan tadi
4)Kukus ikan selama 25 minit hingga masak
5)Tabur daun sup dan hidangkan

Tuesday, March 1, 2011
5 Tip Memilih Hiasan Bilik Tidur
*Bunga segar antara pilihan yang paling bijak untuk dijadikan hiasan di atas meja.Bukan sahaja mengeluarkan wangian yang menyegarkan kamar malah mampu menyerikan ruang.
*Gambar-gambar dengan bingkai yang ringkas sesuai diletakkan di atas kepala katil.Namun jangan terlalu sarat, dua atau tiga bingkai bersaiz biasa sudah memadai.
*Lampu meja di kiri dan kanan katil mampu membantu untuk menampilkan sebuak kamar yang menarik.
*Langsir dengan rona yang lembut dengan corak yang serba ringkas adalah pilihan tepat untuk sebuah kamar tidur.
*Elak meletakkan sebarang koleksi kesukaanmu misalnya CD,kereta mini, lilin dan lain2 dalam kamar tidurmu.Itu hanya akan menyesakkan lagi kamar tidur kamu.
Monday, February 28, 2011
ROTI PIZZA
Bahan2...
1)1 peket yis
2)6 cawan tepung gandum
3)2 sudu besar marjerin
4)3 sudu besar gula
5)1 biji telur
6)sedikit air
7)1 peket sosej
8)sos cili
9)bawang merah dihiris nipis
10)mayonis
11)sayur campur
12)sedikit susu tepung
Cara2nya..
1)Bancuh yis dengan sedikit air
2)Masukkan tepung gandum,susu tepung,gula,marjerin,yis dan telur ke dalam mangkuk.Uli bahan2 tesebut menggunakan mesin penguli atau tangan(jika tiada mesin penguli) sehingga ia menjadi satu adunan.campurkan sedikit air jika didapati adunan tersebut kurang lembut.
3)Kemudian,dapatkan dalam 33 biji daripada adunan tersebut untuk di lenyek dalam bentuk bulat seperti pizza.
4)Sapukan sos cili dan mayonis ke atasnya dan taburkan sosej yang telah dipotong kecil bersama bawang dan sayur campur.
5)Biarkan selama setengah jam untuk tepung itu naik dan kemudian masukkan ke dalam oven selama 20 minit.Hidangkan.
Thursday, February 24, 2011
40 Perkara Yang Membatalkan Iman Menurut Al-Quran dan Sunnah
1)Syirik
2)Meninggalkan solat fardhu
3)Meninggalkan puasa ramadhan
4)Enggan mengeluarkan zakat
5)Enggan menunaikan haji
6)Riddah (Murtad)
7)Kufur terhadap Allah
8)Mengingkari takdir Allah
9)Beramal selain mencapai keredhaan Allah
10)Mentaati selain perintah Allah dan Rasul
11)Tawakal selain Allah
12)Memperhambakan manusia
13)Berpaling dari peringatan Al-Quran
14)Menghkhianati amanah Allah dan Rasul
15)Menyembunyikan kebenaran ayat Allah S.W.T. kerana takut kepada ancaman manusia
16)Mengubah dan menyalahgunakan ayat-ayat Allah S.W.T.
17)Memecahbelahkan perpaduan kaum muslimin
18)Mempermainkan kesucian agama
19)Menghukum dengan hukum manusia dan menolak hukum Allah
20)Menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang dihalalkan Allah S.W.T.
21)Mengajat umat islam meninggalkan jihad di jalan Allah
22)Mengkafirkan sesama muslim
23)Cinta kepada kehidupan dunia melebihi cinta kepada Allah dan Akhirat
24)Mengamalkan cara hidup orang kafir
25)Berpegang teguh kepada adat resam nenek moyang yang berlawanan dengan syariat islam
26)Munafik
27)Beramal dengan riak
28)Gemar mengamalkan perkara bidaah
29)Membuat peraturan atau undang-undang yang berlawanan dengan petunjuk Allah dan RasulNya
30)Tidak beradab terhadap Rasulullah S.A.W.
31)Menghina sahabat Rasulullah S.A.W.
32)Mengangkat orang kafir menjadi pemimpin
33)Menolong orang kafir mengintip rahsia orang beriman
34)Memberi amanat atau kepercayaan kepada orang kafir untuk kepentingan orang islam
35)Memohon keampunan dosa bagi orang kafir
36)Taksub kepada ulama dalam perkara maksiat
37)Mempercayai tukang tenung
38)Mengamal dan mempercayai sihir
39)Mempercayai kuasa azimat
40)Bersumpah dengan sea=lain nama Allah

Wednesday, February 23, 2011
Kek Coklat Lembap
Bahan2..
1)4 biji telor
2)1 cawan gula halus
3)1 cawan minyak masak
4)1 cawan air panas baru mendidih
5)1 cawan serbuk koko
6)1 1/2 cawan tepung gandum
7)1 1/2 cawan susu pekat manis
8)sedikit baking powder
9)sedikit soda bikarbonat
Cara2nya..
1)Kacau telor dan gula hingga kembang
2)Masukkan susu dan kacau
3)Masukkan tepung gansum, serbuk koko ,soda dan baking powder.Kacau lagi.
4)Masukkan air panas dan kacau
5)Dah sebati, masukkan minyak dan kacau lagi
6)Masukkan dalam acuan dan kukus selama 1 jam

Fried Chinese Pancake
Bahan2..
1)350g sawi ( dihiris sehalus mungkin )-batanf pun sama
2)200g tepung gandum
3)4 sudu besat tepung ubi kayu
4)1/2 kg udang
5)2 biji telur
6)1 liter air
7)1 biji bawang merah
8)2 sudu kecil garam
9)serbuk lada
10)ajinamoto
11)minyak masak
Cara2nya..
1)Rebus saei,bahagian batang dulu kemudian daun
2)Alih dari dapur dan sejukkan
3)Kupas udang dan peram dengan garam dan serbuk lada
4)Bila dah sejuk masukkan tepung gandum dan ubi,telur ,sebuk lada,ajinamoto dan udang.Kacau hingga rata.
5)Pancake harus digoreng satu per satu.
6)Letak 1 sudu besar minyak , tumiskan sedikit bawang dan masukkan 1 senduk larutan yang telah disediakan.Goreng sehingga agak garing.
Kek Coklat Mayonis
Bahan2..
1)Tepung Gandum
2)Serbuk Koko
3)Gula
4)Air Panas
5)Baking Powder
6)Mayonis
7)Susu Pekat Manis
Cara2nya..
1)Pukul air panas bersama gula hingga larut.
2)Masukkan tepung yang dicampurkan dengan baking powder dan serbuk koko.
3)Masukkan mayonis dan susu pekat manis.
4)Bakar pada suhu 180C selama 40 min.
Tuesday, February 22, 2011
Kerabu Sotong
Bahan2...
1)200 gram sotong-hiris nipis dan celur
2)1/2 biji nenas-hiris nipis
3)1 biji betik-sagat kasar
4)1 tangkai bunga kantan
5)5 yangkai cili padi-hiris nipis
6)2 tangkai cili merah
7)1 labu bawang besar
8)Garam
9)Belacan bakar
10)Limau kasturi
11)Sedikit gula
Cara2nya...
1)Celur sotong dan gaulkan dengan semua bahan.
2)Sebatikan dan perisakan.
Tart Blueberry
Bahan2...
1)1 buku buttercup
2)1 cawan gula aising
3)1/2 camca teh esen vanila
4)1 3/4 cawan tepung gandum
5)1 cawan cornflakes kisar
6)Jem blueberry
Cara2nya...
1)Putar buttercup dan gula aising hingga sebati.
2)Masukkan esen vanila.
3)Masukkan tepung gandum dan cornflakes kisar
4)Sudukan dalam piping bag (plastik)
Martabak Cream Creaker
Bahan2...
1)1 bungkus biskut cream creaker
2)2 tin tuna
3)1 buku bawang besar-dadu halus
4)2 biji cili merah-dadu halus
5)Daun sup & daun bawang
5)Sedikit lada sulah
6)Garam secukup rasa
7)Telur ayam secukupnya
Cara2nya.....
1)Campurkan tuna dan bahan yang dipotong dadu.Perisakan.
2)Sebatikan telur dan dadarkan atas kuali.
3)Masukkan kepingan biskut cream creaker dan sudukan inti.
4)Letak atas dadar telur dan lipat kemas.

Friday, February 18, 2011
Nasi Serai
Bahan2..
1)4 cawan beras basmathi
2)5 cawan air
3)1 tin susu cair
4)3 sudu besar marjerin
5)1 labu bawang besar
6)4 ulas bawang merah
7)2 ulas bawang putih
8)1 inci halia
9)4 batang serai
10)6 helai daun purut
11)Garam secukupnya
Cara2nya...
1)Blender halus semua bahan kecuali serai dan daun purut.
2)Panaskan marjerin dan tumis bahan blender tadi.
3)Masukkan air dan susu biarkan mendidih.Tambahkan serai dan daun limau purut.
4)Masukkan beras dan tanak hingga masak.
Ayam Masak Merah
Bahan A
1)1 ekor ayam
Bahan B
1)1 labu bawang besar
2)6 ulas bawang merah
3)4 u;as bawang putih
4)1 inci halia
5)3 sudu cili giling
6)4 sudu sos cili
7)4 sudu sos lada hitam
8)100gm kismis
9)Sedikit potongan nenas
Cara2nya...
1)Bersihkan ayam dan perap dengan kunyit dan garam.Kemudian goreng.
2)Tumis bahan2 B dan masukkan ayam goreng.
3)Sedia untuk dihidang.
Nasi Beringin
Bahan2..
1)1 kg beras basmathi-bersih,cuci dan sejat
2)2 biji kelapa-ambil santannya
3)2 camca teh halba
4)4 helai daun pandan
5)Sedikit garam
Bahan Hiris...
1)8 ulas bawang merah
2)4 ulas bawang putih
3)3 cm halia
Cara2nya...
1) Jerang beras bersama santan, halba,daun pandan dan bahan hiris.
2)Masak seperti nasi lemak.
3)Hidang bersama sambal dan acar sotong.
Apam Madu Berinti Kelapa
Bahan2..
1)3 cawan tepung gandum
2)1 sudu teh baking powder
3)3 cawan air
4)1 sudu besar yis
5)1 camca besar gula
6)1 sudu teh eno
7)2 sudu teh madu
Cara2..
1)Satukan semua bahan dan biarkan kembang.
2)Sudukan ke dalam kuali non-stick anggaran 1 senduk sederhana besar.
3)Tutup seketika dan angkat.
4)Intikan dengan inti kelapa manis.
Tuesday, February 15, 2011
Mutiara Peringatan
Peringatan Pertama:
Berfirman Allah Taala yang bermaksud:
1)Wahai anak Adam, Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap kematian tetapi masih bergembira.
2)Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap hari perhitungan tetapi ia masih mengumpulkan harta.
3)Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap kubur tetapi masih tertawa.
4)Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap kehidupan di akhirat tetapi ia masih beristirehat.
5)Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap dunia dan kemusnahanya tetapi ia masih tenang dengannya.
6)Aku hairan kepada mereka yang alim pada lidahnya tetapi jahil pada hatinya.
7)Aku hairan kepada mereka yang sibuk bersuci dengan air tetapi hatinya tidak suci.
8)Aku hairan kepada mereka yang sibuk dengan keaiban orang lain tetapi dia lupa terhadap dirinya sendiri.
9)Aku hairan kepada mereka yang mengetahui bahawa sesungguhnya Allah itu mengawasinya tetapi ia masih boleh melakukan maksiat atau mereka yang mengetahui sesungguhnya ia akan mati keseorangan, akan memasuki kubur keseorangan dan akan dihitung keseorangantetapi masih jinak bersama manusia.
10)Ketahuilah tiada Tuhan yang sebenar-sebenarnya melainkan Aku dan sesungguhnyaMuhammad itu adalah hamba dan utusanKu.

Subscribe to:
Posts (Atom)